So after the perkampungan, instead of going home, I had stayed in UKM for choir practice.
As I had taken Choir 1 as my C6 Citra, we had to involve in the choir performance for graduation that was going to be held after the break. This is how I described my experience in my choir report.
As I had taken Choir 1 as my C6 Citra, we had to involve in the choir performance for graduation that was going to be held after the break. This is how I described my experience in my choir report.
Pada 10 November hingga 13 November 2018, saya telah melibatkan diri dalam persembahan koir sebagai seorang pelajar dalam citra Koir 1. Saya berasa amat teruja kerana diberi peluang untuk membuat persembahan buat kali pertama di dalam DECTAR yang baru dibuka semula selepas penyenggaraan yang begitu saban lama.
Persembahan kami dimulakan pada sidang pertama, ataupun lebih dikenali sebagai sidang canselor pada 10 November 2018. Sidang ini turut dihadir oleh Canselor UKM, Duli Yang Maha Mulia Yang-di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Oleh itu, persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Kebesaran Negeri Sembilan. Persembahan kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Varsiti Kita dan Ilmu, Mutu dan Budi. Bagi lagu selingan pula, kami telah mempersembahkan lagu medley tudung periuk dan anggrek desa. Majlis kemudian ditangguhkan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Kebesaran Negeri Sembilan.
Hari kedua dimulakan dengan sidang kedua pada jam 7.30 pagi. Namun begitu, Yang-di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus tidak berangkat ke sidang ini. Oleh itu, hanya lagu Negaraku, Varsiti Kita dan Ilmu, Mutu dan Budi yang dinyanyikan pada sidang tersebut. Pada sidang ketiga yang bermula pada pukul 1.30 petang, kami telah mempersembahkan lagu Saajanji Ghar Aaye daripada filem Kuch Kuch Hota Hai.
Sidang kelima bermula pada 12 November 2018 pukul 1.30 petang. Selain lagu Negaraku, kami juga telah mempersembahkan lagu kurik kundi dalam persembahan selingan.
Persembahan koir konvokesyen diakhiri pada 13 November 2018. Namun begitu, saya berasa amat terkilan kerana tidak berpeluang melibatkan diri dalam nyanyian pembukaan majlis pada sidang keenam kerana saya harus menduduki ujian pertengahan semester pada hari tersebut. Namun, saya berasa amat bersyukur kerana sempat melibatkan diri dalam persembahan selingan bagi sidang tersebut. Kami telah mempersembahkan Medley 1 Malaysia yang terkandung 3 buah lagu iaitu Puteri Santubung, Sumandak Sabah dan juga Joget Malaysia. Sidang ini amat istimewa bagi saya kerana sidang ini meraikan para graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan saya amat bangga kerana berpeluang meraikan kegembiraan ini bersama dengan senior-senior saya.
Persembahan koir telah diakhiri pada sidang ketujuh yang bermula pada pukul 1.30 petang. Pada sidang ini pula, kami telah mempersembahkan lagu “ From Now On” bersama-sama dengan penyanyi vokal sebagai persembahan selingan. Namun kami berasa amat terkilan disebabkan oleh ralat teknikal, lagu ini tidak dapat dipersembahkan dengan sempurna.
Begitulah berakhirnya persembahan debut saya sebagai seorang ahli koir yang membawa nama Artisukma UKM. Pengalaman ini amat sukar dilupai oleh saya kerana membuat persembahan sebagai seorang ahli koir merupakan impian saya saban tahun ini. Saya juga berasa amat gembira kerana melalui persembahan ini, saya dapat melibatkan diri secara tidak langsung dalam konvokesyen UKM dan hal ini merupakan pengalaman yang membuka mata bagi saya.
So these are the few pictures I had taken during the performance.
The best thing in choir was get to know both of them. On my left is Shermin from FKAB mechanical engineering, our class monitor and the current Kelab Koir ARTISUKMA YDP. On my right is Ee Ka, she is from FEP as well just that we took different course. As chinese were vary back then, we get to support each other and became friends.




Comments
Post a Comment