So, after such a long preparation, finally it's our first event of the semester, the lion dance championship. In this year, we are doing something new on the championship. Instead of the southern lion dance, we are doing the northern lion.
Sekretariat Pesta Ang Pow UKM ke-25 telah meneruskan keazaman PAPUKM dengan berusaha menjalankan misi sebagai pewaris kebudayaan tarian singa melalui penganjuran Kejohanan Tarian Singa. Pada tahun ini, Sekretariat Pesta Ang Pow UKM ke-25 telah menganjurkan Kejohanan Tarian Singa Utara dalam bentuk drama singa. Tarian Singa Utara merupakan sejenis teknik tarian singa tradisional yang popular di bahagian utara negara China. Pada zaman Wei Utara, Maharaja Wei Wu telah menawan kira-kira 10 ribu orang Hu sebagai tawanan apabila berperang di Ganshu, He Xi. Pada suatu hari, Maharaja Wei Wu bertitah bahawa orang Hu harus mempersembahkan sebuah tarian untuk menghiburkan orang ramai. Oleh itu, 30 orang Hu telah mengukir dua kepala haiwan yang besar dan lima kepala haiwan yang kecil dengan kayu dan memakai kulit haiwan. Kemudian, mereka menggabungkan lapan jenis lagu dan membuat persembahan di depan Maharaja Wei Wu. Baginda amat sukacita dan mengurniakan nama persembahan ini sebagai "Tarian Singa Wei Utara". Tawanan tersebut juga dilepaskan agar pulang ke negara asal. Oleh itu, tarian singa ini mula tersebar di bahagian utara negara China dan bergelar sebagai Tarian Singa Utara semenjak ini.
Tarian Singa Utara mementingkan teknik dan stamina penari. Dalam persembahan Tarian Singa Utara, Singa Utara akan muncul secara berpasangan dan seorang ahli yang memegang Hydrangea akan mengetuai persembahan tersebut dengan memimpin penari Tarian Singa Utara. Kebiasaannya, persembahan Tarian Singa Utara disempurnakan oleh tiga orang. Antaranya, dua orang akan bertugas untuk membuat persembahan dengan Singa Utara besar. Seorang akan menggerakkan kepala singa di hadapan manakala orang yang kedua akan berada di belakang. Orang yang ketiga akan membuat persembahan dengan menggunakan Singa Utara kecil. Oleh itu, kebanyakan unsur persembahan Tarian Singa Utara seperti bergolek, menggerakkan bola dan menaik ke atas meja memerlukan asas wushu yang mantap dan daya pinggang yang baik.
Janggut Singa Utara lebih panjang kerana cuaca di bahagian utara negara China lebih dingin semasa Tahun Baru Cina. Selain itu, mulut Singa Utara juga lebih kecil berbanding dengan Singa Selatan. Jantina Singa Utara dapat dibezakan dengan warna reben yang diikat pada kepala singa. Reben merah menunjukkan singa jantan manakala reben hijau menunjukkan singa betina.
Berbanding dengan Tarian Singa Selatan, Tarian Singa Utara kurang popular kerana Tarian Singa Utara tidak dapat membuat persembahan "Cai Qing" yang memiliki nilai komersial tinggi dalam bidang Tarian Singa atas kekurangan reka bentuknya. Hal ini demikian kerana selain mulutnya lebih kecil berbanding dengan Singa Selatan, mulutnya juga tertutup dengan sekeping kain. Reka bentuk ini telah menjadi halangan Singa Utara dalam persembahan tersebut. Selain itu, Tarian Singa Utara amat mementingkan teknik seperti jatuh, berpusing, bergolek dan melompat. Oleh itu, teknik-teknik Tarian Singa Utara juga giat digunakan dalam persembahan Tarian Singa Selatan. Hal ini telah menunjukkan nilai kebudayaan Tarian Singa Utara.
Terdapat 7 kumpulan peserta yang telah menyertai kejohanan ini pada tahun ini. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang peserta.
So these are the pictures for the event:
https://web.facebook.com/pg/papukm/photos/?tab=album&album_id=2488275161201388&ref=page_internal

Still, comm LZ yay

Comments
Post a Comment